KAUNSELING
Suatu
proses menolong dalam pertemuan bersemuka yang melibatkan perhubungan
dua hala di antara seorang yang terlatih dengan suami dan, atau
isteri yang terperangkap dalam suatu keadan yang sukar di atasi.
BENTUK
KAUNSELING
- Individu
- Bergabung/bersama
- Serentak
- Keluarga
- Penceraian
MATLAMAT
KAUNSELING
Membantu
Suami Isteri
- Menyelesaikan konflik
- Memahami tanggungjawab
- Mengubah tingkahlaku yang tidak adaptif (tidak berfaedah)
- Memulihkan perhubungan
- Memahami prosedur/tuntutan dan perbicaraan di mahkamah
- Memahami diri sendiri dan orang lain yang signifikan (kaitan rapat)
- Mempertingkatkan kemahiran diri
- Membina sikap asertif (berterus-terang) serta keyakinan diri
- Mengenalpasti masalah, memilih alternatif dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil
- Merujuk masalah kepada institusi yang tepat
TATACARA
MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
- Suami Isteri hadir di Jabatan Agama Islam Negeri mengikut tempat mastautin
- Isi borang yang disediakan
- Lampirkan salinan surat nikah/rujuk nikah dan kad pengenalan
- Dapatkan nombor rujukan/tarikh temujanji.
TANGGUNGJAWAB
KLIEN
- Bersedia/kerelaan sendiri
- Memberikan kerjasama
- Bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil
- Melaksanakan tindakan
- Bertingkah-laku (penampilan) sopan/beradab
- Bersikap jujur/ikhlas
- Menghormati kaunselor
- Mengelakkan bertelagah/bertengkar
- Hadir pada masa dan tarikh yang ditetapkan (ada temujanji)
- Bersabar dan bertenang
- Mematuhi peraturan/undang-undang
SESI
KAUNSELING
- Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
- Sesi mengambil masa di antara 45 minit @1 jam
- Dikendalikan oleh seorang kaunselor
- Suami isteri dan kaunselor mempunyai peranan bagi menjayakan sesi kaunseling
KEBAIKAN
MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
- Masalah dapat dikesan di atasi pada peringkat awal
- Hubungan suami isteri menjadi mesra dan harmoni
- Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan diri
- Membina keluarga bahagia
- Menyelesaikan konflik secara baik.
4 comments:
Assalam tuan, mohon bertanya kalau suami bercakap dlm keaddan marah bahawa ' dia tak akan menyentuh saya sampai bila-bila' adakah jatuh talaknya ?
Salam.. Nak tanya kalau nak bedean dgn ustaz
Assalamualaikum boleh ke sy nk buat temujanji untuk kaunseling penceraian..
No sy utk di hubungi 0184086183 Aizawadi bin Ahmad..Terima kasih Tuan
Assalamualaikum bini saya membuat temujanji dan skrg kami sudah berdamai harus kah saya meneruskan temujanji ini atau membatalkanya...trjadi atas campur tangan pihak ke3
Post a Comment