Tuesday 19 August 2014

PADTL menghargai semua kakitangannya dan pelajar praktikal....

| |
0 comments
Pejabat Agama Daerah Timur Laut mengadakan Majlis Berbuka Puasa Di Tabung Haji Travel pada Bulan Ramadhan baru baru ini.
Selain itu, Pihak pejabat telah menyampaikan Duit Raya kepada semua kakitangan dan pelajar praktikal sempena Syawal baru baru ini.

Read More

BUDAYA TROLL DAN SARKASME MENURUT KACAMATA SYARAK

| |
0 comments

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TROLL ?
Troll adalah perbuatan seseorang  yang sengaja provokatif (menghasut) atau sarkasme kepada sesuatu berita atau mesej yang mana pernyataannya berbeza dangan pernyataan atau mesej yang asal (off-topic) dengan tujuan untuk menyebabkan gangguan emosi ataupun tekanan terhadap berita tersebut. Istilah ini juga disebut sebagai ‘Trolling’.
Sarkasme pula adalah satu bentuk sindiran dalam ungkapan yang mengejek dan menghina sesuatu berita ataupun peribadi seseorang dengan tujuan untuk menyinggung perasaan sesesorang. Perkataan ini diambil daripada perkataan yunani (sarkasmos) yang membawa maksud mengoyakkan atau merobek daging.
Terdapat juga Troll dalam bentuk komik dan mempunyai beberapa ekspresi yang biasa digunakan. Antaranya :
  1. Derp, Herp, Derpina dan Malvin
  2. Troll Dad
  3. Cereal Guy
  4. Forever Alone Guy
  5. Like A Boss
  6. Poker Face
  7. GTFO
  8. Like A sir
Orang yang melakukan perbuatan demikian, digelar sebagai Troller. Kita boleh menetapkan secara ringkas  ciri-ciri identiti troller ini kepada beberapa kategori :
  1. The Queen Bee
  2. The Puffed Pedant
  3. The Prickly Recluse
  4. The Sock Puppet Master
  5. The Fake Friendly
untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik : http://elhasancorner.blogspot.com/2013/06/fenomena-troll-suatu-pandangan-dari.html
Lahirnya internet, melahirkan banyak budaya baru di dunia, terutama dunia maya yang efeknya juga terasa di dalam kehidupan sehari hari
APAKAH KESAN KEPADA MANGSA TROLL ?
Walaupun pada asalnya, perlakuan troll tersebut dengan niat hanya sekadar untuk berjenaka, tetapi serba sedikit ia akan member kesan terhadap orang yang ditroll tersebut. Ia akan menyebabkan mangsa troll tersebut merasa ‘Butthurt’ iaitu satu perasaan dan tindak balas emosi yang negative  terhadap serangan dan penghinaan yang ditujukan terhadapnya. Ataupun dengan kata mudahnya merasa tersinggung dengan perbuatan tersebut.
BAGAIMANA PERBUATAN TROLL DAN SARKASME PADA PANDANGAN SYARAK ?
Setelah kita memahami pengertian istilah, bentuk troll dan sarkasme serta kesannya kepada perbuatan tersebut, mari kita lihat apakah syarak membenarkan perbuatan ini.
Perbuatan berdusta dengan tujuan untuk berjenaka adalah perbuatan yang dilarang oleh islam, manakala mengungkapkan sesuatu ungkapan yang bertujuan menghina dan mengejek peribadi seseorang juga tergolong sebagai Ghibah sepertimana yang disebutkan di dalam sabda Nabi s.a.w.
Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda, “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!”. Kemudian Baginda ditanya lagi, “Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?” Jawab Baginda, “Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi.)
Ghibah maksudnya menyebut keburukan orang lain walaupun benar. Buhtan maksudnya memfitnah dan mengada-adakan keburukan orang. Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah kecuali dia mengingkari dengan lidah atau menerima dengan hatinya (yakni tidak menyampaikan cerita itu). Bila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan yang lebih manfaat.
Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, celaan, tulisan atau gelaran yang berbaur hinaan. Mendengar ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan diberikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana ia boleh mengakibatkan putus ukhwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib dan lahir kehinaan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka jahanam sejauh antara timur dan barat.”  (Riwayat Muslim)

Begitu juga orang yang berdusta pada tutur katanya walaupun dengan niat untuk berjenaka ditegah dan akan tergolong dalam golongan munafik
Rasulullah s.a.w bersabda : Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !
Huraian Hadith: 
i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.
DUSTA ADALAH SIFAT ORANG MUNAFIK
Munafik berasal dari perkataan “nafaqa” yang bermaksud “terbelah dua” iaitu tidak solid dan tidak jujur dengan Islam. Pepatah melayu juga ada menyebut “talam dua muka” atau bermuka-muka yang bermaksud seseorang yang mendapat keuntungan daripada dua belah pihak yang berselisih. Bermuka dua itu memburukkan sesuatu pihak di hadapan pihak lain dan sebaliknya dengan alasan “nak hidup”.
Dalam Islam, Munafik adalah salah satu kategori atau golongan manusia yang diletakkan tarafnya lebih rendah daripada Muslim biasa. Terdapat 30 ciri orang-orang yang dikategorikan sebagai yang dapat disebut munafik melalui petikan hadis Rasulullah s.a.w. Di dalam kehidupan sehari-hari, kita kerap mendengar perkataan “munafik” diucapkan orang.
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim pula, Rasulullah bersabda:
“Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta.”

BALASAN BAGI ORANG MUNAFIK
Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). (Al-Baqarah:15)
Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. (An-Nisaa:145)
BERHATI-HATILAH DALAM BERMEDIA SOSIAL
Di dalam teknologi media yang serba canggih ini, ternyata memberi kemudahan kepada kita untuk menerima dan mencari sebarang maklumat dengan semuanya hanya di hujung jari sahaja. Ianya juga memberi kesan yang baik dan juga buruk kepada pengguna.
Kesan yang baik bagi seorang pelajar dapat mencari apa saja maklumat untuk menyempurnakan assignment atau tugasan pensyarah di website, blog, Wikipedia dll. Kesan yang buruk pula, ia menyebabkan pelajar menjadi malas merujuk kepada sumber yang asli iaitu kitab di perpustakaan atau mendekati pensyarah untuk meminta pandangan atau bertanya sebarang kemusykilan di dalam sesuatu bab.
Pesanan saya, berhati hatilah dalam menerima sesuatu berita dan menyampaikan kepada orang lain, selidiklah terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita itu. Takut-takut kita tergolong dalam golongan munafik dan menyebarkan fitnah terhadap orang lain.
Wallahu A’alam.
Rujukan :
Al-Quranul Karim
Sahih Bukhari
Mukhtasar Minhajul Qosidin
Web Rasmi JAKIM


Penulis
Editor
Abi Aisyah
Sumber : http://www.iluvislam.com
Read More

Family Day PADTL Mengeratkan Ukhwah

| |
0 comments




Sambutan Hari Keluarga Pejabat Agama Timur Laut(PADTL) berlangsung dengan jayanya pada 13 MEI 2013. Banyak aktiviti telah dilakukan dan semua acara berjalan dengan lancar. Hari keluarga PADTL adalah program yang dianjurkan oleh pejabat bagi tujuan mengeratkan lagi silaturrahim sesama staff .

Read More

Sunday 13 July 2014

Ramadan Karim : Jom Audit Diri !

| |
0 comments


Salam Ramadan Karim buat semua. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, jom kita sama2 audit diri untuk melakukan perubahan diri kita ke arah yang lebih baik! Moga Ramadan kali ini memberi sepenuh penghayatan dan amalan kita pada Allah s.w.t.
Dari Abu Hurairah Radiyallahu anhu, ia berkata bahawasanya Rasulullahi Sollallahu ‘Aalyhi Wa Sallam bersabda :
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ، فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
“ Apabila datang Bulan Ramadhan, maka pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup, dan syaitan-syaitan pun diikat “
[ Muttafaq alaih; Shahih Imam Al-Bukhari no.1898),
Sahih Imam Muslim no.1080) ]
Read More

Tuesday 8 April 2014

Selamat Datang

| |
0 comments
Pejabat Agama Daerah Timur Laut menerima Pegawai Tadbir Agama (PTA) yang baharu berkuatkuasa pada 1 Mac 2014 iaitu Ustaz Mohd Fauzi Bin Ibrahim. Beliau sebelum ini telah bertugas sebagai PTA di Pejabat Agama Daerah Barat Daya.
                                                        Ustaz Mohd Fauzi Bin Ibrahim
Read More

Tahniah & Syabas- Kenaikan Pangkat

| |
0 comments
Kakitangan Pejabat Agama Daerah Timur Laut mengucapkan tahniah dan syabas di atas kenaikan pangkat Ustaz Anuar Hakim Bin Salleh seterusnya ditempatkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Sumbangan dari PADTL

Read More

Tuesday 10 December 2013

Apakah Pengertian Ahli al-Sunnah Wal Jamaah?

| |
0 comments
Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w., pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Mazhab-mazhab Fekah ialah aliran hukum Syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas Syarak oleh ulama Mujtahidin mengikut kaedah Istinbat yang muktabar. Majlis tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu. Di dalam Mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu dari kitab Allah atau Sunnah Rasulnya atau Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. maka Majlis sedia menerima dan beramal dengannya. Adapun Mazhab-mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali pada pandangan rasmi Majlis adalah terhitung di dalam Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah. Majlis Agama Islam Perlis memang berpandukan kepada Mazhab itu dan mengambil pendapat-pendapat mereka yang ada alasan daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. Pengertian ini berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah
Keterangan/Hujah: 
DALIL-DALIL DARIPADA AL-QURAN:-
1. Firman Allah S.W.T. dalam Surah at-Taubah ayat 100:
Maksudnya: "Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah memberi bantuan) darikalangan orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar."
2. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-An"am ayat 153 
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikah kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.
DALIL-DALIL DARIPADA AL-HADIS
1. Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Dari Sariah ( ) r.a. berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: Aku berwasiat kepada kamu dengan takutkan Allah Taala dan mendengar ajaran dan bertaat akan pemerintah walaupun hamba Habsyi, maka sesungguhnya mereka yang panjang umurnya hidup ia hingga kemudian daripada aku, tentu lihat ia akan bersalah-salahan yang banyak, ketika itu lazimlah kamu berpegang sunah aku dan sunah segala Khalifah-khalifah yang menunjuk mereka itu akan jalan yang sebenar, perpeganglah kamu dengannya dan gigitlah kamu akan dia dengan geraham kamu, maknanya berpegang teguh dan jauhkan kamu dari perkara-perkara yang dibaharukan (yang bukan daripada sunah nabi), maka bahawasanya tiap-tiap yang bukan sunah nabi itu bid"ah dan tiap-tiap bid"ah itu sesat dan tiap-tiap sesaat itu di dalam neraka. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
2. Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Dari Ibnu Mas"ud r.a. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik manusia ialah kurunku (Zaman Nabi) kemudian zaman mereka yang datang sesudahnya (zaman Sahabat) kemudian zaman mereka yang sesudahnya (zaman Tabien) dan sesudah itu datanglah zaman orang yang suka memperlambangkan kebohongan dan janganlah kamu bergantung kepada perkataan dan perbuatan mereka. (Hadis Riwayat at-Tabrani)
Dalam menimbang untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis berpandukan Fatwanya itu atas dasar-dasar yang di bawah ini mengikut keutamaan seperti berikut:
1. Al-Quran al-Karim.
2. Hadis Sahih.
3. Ijma"Sahabat.
4. Fatwa Sahabat yang lebih hampir kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
5. Hadis Mursal dan Daif.
6. Qiyas ketika darurat.
7. Mashalih al-Mursalah.
8. Saddu Zarai".
9. Istihsan dan Istishab.
10. U"ruf.
11. Qawaid Fiqhiah.
Read More
Pejabat Agama Timur Laut. Powered by Blogger.